Namikaze Minato
&
Uzumaki Kushina
Sejarah Hidup Naruto
Fourth Hokage - Yondaime - Yellow Flash Is Uzumaki Naruto’s FatherNamikaze Minato (belakang) bersama tiga orang anak muridnya iaitu Rin (Ninja Perubatan), Uchiha Obito dan Kakashi Hatake (anak kepada Sakumo Hatake - White Fang, yang mempunyai keupayaan yang setara dengan Legendary Sannins).
Obito, meninggal dunia ketika berusia 12 tahun, setelah terbabit dalam satu pertempuran semasa menjalankan misi, dan mewariskan sebelah mata Sharingannya, dengan pertolongan Rin, kepada Kakashi. Kakashi kemudiannya menjadi Jounin terhandal di Konoha, dan menjadi guru kepada Uzumaki Naruto.
Bapa Naruto - Namikaze Minato:
Juga dikenali sebagai, Hokage Keempat (Yondaime) - Yellow Flash, merupakan bapa kepada Uzumaki Naruto, dan anak murid kepada Jiraiya - Legendary Sannin, The Frog Hermit. Di sebelah adalah gambar Minato yang mirip Naruto semasa remaja. Namikaze Minato sangat dikenali sebagai ninja paling berbakat pernah wujud dalam sejarah ninja. Bakat dan kebijaksanaan luar biasa yang dimilikinya menyebabkan Namikaze Minato dilantik menjadi Hokage keempat, dan merupakan Hokage termuda dalam sejarah Konoha.
Ibu Naruto - Uzumaki Kushina:
Emak Naruto, berasal dari negara Puting Beliung (Whirlpool Country). Uzumaki dan Naruto sendiri bermaksud pusaran, pusaran angin.
Kenapa Naruto dinamakan dengan Uzumaki Naruto, dan bukannya Namikaze Naruto? Rahasianya adalah berkaitan dengan ‘root’. Asal-usul Naruto dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu.
Sebagaimana Gaara, yang mewarisi Shukaku (Ichibi - Rakun Ekor Tunggal), selaku anak kepada salah seorang Kazekage, begitu juga Naruto, anak kepada salah seorang Hokage, mewarisi Kyuubi (Rubah Ekor Sembilan). Kyuubi dibelenggu ke dalam tubuh Naruto oleh Minato, sebagai satu cara untuk menyelamatkan Konoha dari terus diserang oleh raksasa berekor sembilan tersebut.
Akibat tindakan Minato itu, Minato hilang nyawanya, manakala Naruto pula membesar sebagai seorang budak malang, ditakuti dan dipandang serong oleh orang-orang kampung, kerana dia dianggap sebagai jelmaan Syaitan Rubah Berekor Sembilan itu.
Minato dikenali sebagai Yellow Flash atau Kilat Kuning, kerana kepantasan luar biasa yang dimilikinya menerusi Jurus Terbang Dewa Guruh. Minato berupaya menyeru Raja Kodok iaitu Gamabunta, dan merupakan pencipta jurus Rasengan. Jurus ini tidak berjaya disempurnakan oleh Minato. Jiraiya kemudiannya mewariskan jurus Rasengan kepada Naruto. Naruto berjaya menggabungkan jurus Rasengan dengan salah satu elemen semula jadi, iaitu angin menjadikan jurus Rasengan meningkat ke satu tahap yang menggerunkan, dikenali sebagai Fuuton Rasen Shuriken - Putaran Angin Shuriken. Jurus yang merbahaya ini tidak boleh dipakai sebarangan kerana akan membawa kerosakan terhadap badan penggunanya.
Naruto mewarisi rupa paras Minato, tetapi perangainya adalah sama seperti ibunya, Uzumaki Kishuna. Minato, seorang genius ninja yang terhandal dalam sejarah dunia ninja, merupakan seorang yang bijaksana, matang dan tenang, manakala Kishuna yang berambut merah, merupakan wanita yang berperwatakan tomboi.
Dua orang generasi muda terkuat di Konoha ketika ini ialah Kakashi yang memiliki mata Sharingan, dan Naruto. Kakashi merupakan calon Hokage paling utama selepas Jiraiya dan Tsunade. Ini kerana Kakashi memiliki kombinasi kekuatan, ilmu pengetahuan, kepantasan, kecekapan, kemahiran dan kebijaksanaan yang tinggi. Kakashi juga merupakan orang penting yang ditugaskan untuk mengawasi dan menjaga keselamatan Naruto, selain Jiraiya.
Gambar di bawah adalah gambar Naruto semasa berusia 12 tahun. Berdiri dari belakang, kiri: Kakashi (Guru Kumpulan Tujuh - Kumpulan Naruto), Iruka Umino (Guru Naruto semasa di Akademi Ninja), barisan depan, dari kiri, Uchiha (kipas kertas) Sasuke (Ketua Kumpulan Tujuh), Uzumaki (pusaran) Naruto dan Haruno (musim bunga) Sakura.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar